August 22, 2009

.:: Har! PerTama ::.


assalamualaikum...

hari ini 1 Ramadhan 1430 Hijriah...

akhirnya hari yang ditunggu-tunggu dan dimimpi-mimpi semenjak dua menjak ni tiba juga akhirnya...
Sepatutnya, awal puasa tahun ni ku boleh mulakan di kampung sama-sama dengan mak dan ayah, tapi disebabkan cuti pertengahan semester telah digantikan dengan cuti H1N1, tak dapat la hasrat itu ditunaikan...sedihhh

Mula puasa hari ni, memang semangat. sangat bersemangat. tapi bila fikir nak berbuka, tak ada selera. seleraku terbang jauh melayang nun di Baling sana...isk isk isk semalam telefon mak..Kak Nah sekeluarga balik berpuasa hari pertama di rumah..hari ni Abang Din pulak nak balik...uwaaa rindunya nak berpuasa ramai-ramai macam dulu-dulu. Mesti mak bersemangat mengeluarkan kesemua menu-menu yang biasa kami request bila tiba bulan puasa...huk huk huk...

"mak, tak ingat kat ceq ka??"

adikku Lihin pulak pergi berbuka di rumah Bro Mie kat Johor... mesti Kak As masak spesial-spesial tu..dia ada ajak, tapi ku sibuk banget ni... minggu depan berderet-deret assignment and presentation perlu disetel..ku tak sempat...tapi sebenarnya ku sangat-sangat ingin ikut...sob sob sob

Bila menjelma juga bulan Ramadhan ni, kemeriahan yang sangat-sangat dirasai oleh semua umat islam tentulah sembahyang terawih...di kampus ni, aku pergi terawih bersama-sama housemate dekat surau AN-NUR yang terletak dalam kampus.
sekali lagi aku rindukan suasana terawih kat kampung...kt sini cuma buat 8 rakaat je. kat kampung buat 20...kalau kat kampung, ramai-ramai jalan kaki pergi surau tu..besttt...baru terasa kemeriahan tu...then, abis terawih, join makcik-makcik kampung buat tadarus...bergema satu kampung...memang bestt...

sekali lagi kunyatakan disini...
AKU RINDU NAK BERAMADHAN DI KAMPUNG WENG DALAMMMMMMMM.....

oh RAMADHAN...hanya kau lah pengubat kerinduanku sekarang....

di sini sahaja.

No comments: