October 30, 2009

sahabat sayang~~

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon Engkau memilihkan mana yang baik berdasarkan pengetahuanMu, dan aku mohon keupayaan dengan kudrahMu, dan aku pohon kurniaanMu yang amat besar, sesungguhnya Engkaulh yang berkuasa sedang aku tidak berkuasa, Engkaulah yang Mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jika urusan ini baik untukku dalam soal agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, dan dalam masa terdekat atau masa panjang, maka takdirkanlah ia untukku serta mudahkan ia bagiku kemudian berkatilah untukku padanya.

Ya Allah jika urusan ini buruk bagiku dalam soal agamaku, kehidupan dan kesudahan urusanku, dan dalam masa terdekat atau msa panjang, maka hindarkanlah ia dariku dan hndarkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku kebaikan dalam apa juapun, kemudian timbulkan rasa redhaku dengannya."


" Ya ALLAH, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMU, hati yang penuh segar mensyikuri nikmatMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU. Ya ALLAH, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya ALLAH, kurniakanlah kami Din, cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya ALLAH, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya ALLAH, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari ENGKAU sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Ya ALLAH, ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat memperkenankan pinta.. perkenankanlah

Selawat dan restu ALLAH untuk junjungan kamI Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya...AMIN..."


......waktu dan ketika ini, hati ini tak tenteram...naluri ini mengatakan temanku yang tersayang sedang dilanda resah gelisah, hati yang patah, jiwa yang gundah akibat dari paluan rasa dan hati yang pilu...

ingin aku berkongsi tetapi tiada daya melepasi ruang yang ada walaupun secebis cuma..

aku ingin ubati kesakitanmu sahabat..tiada daya aku melainkan secebis doa ini...


"Ya ALLAH. terangilah hidup dan matiku dengan hidayahMU. Tabahkanlah diriku menghadapi dugaan dariMU..."


October 25, 2009

~Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & RASUL~

---------------------------------------------------------




sekadar ingin berkongsi suatu karya yang amat berguna untuk semua… dan izinkan aku untuk mengesyorkan buku nipis namun amat padat ini kepada anda yang sedang ingin bercinta, kecewa bercinta, bencinta atau ape2 ajelah cinta ^^



“Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu”

“Tiada rahsia untukku gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.”

“Cinta hanya untuk suami, takkan ku kongsi”



di dalam buku ini, tersebutlah kisah seorang gadis yang ingin mempertahankan prinsipnya untuk terus tidak bercinta dan mengharap hanya pada ketentuanNya dalam memilih pemimpin terbaik untuk menjadi suaminya… pada awal buku ini tersurat nasihat untuk seluruh sahabat,

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin:

1. pasti kelak diriku ibarat lembu ditarik hidung oleh nafsu.

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNYa.

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu yang melanda.

4. Cinta lali akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

5.Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk untuk diriku.

6. Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

tiada kata lain yang mampu aku simpulkan.. setiap kita punyai akal.. aku juga selalu terleka.. ingatan ini amat mengingatkan aku ... sedikit tip diberi dalam buku ini untuk para remaja dalam perjuangan menepis cinta..

1. Tegas dengan prinsip diri.

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

4. Mengekang hawa nafsu.

5. Mendekati majlis ilmu.

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

ku akui sukar untuk istiqamah dalam menepis dugaan cinta… hasutan halus dan kasar terlalu banyak sehingga payah untuk berdiri pada landasan benar… coretan tentang seorang wanita dalam mengharungi liku hidup dunia.. Allah sangat mengujinya dengan lelaki… pada mula dia goyah dek mainan hati dan rasa dihargai, namun sedar kerana dilanda kekeliruan dalam menerima ilmu pelajaran.. Dia mendekati diri pada yang Esa, tekad untuk mencari cinta agung, bersihkan hati dengan amalan zikir dan sunat.. memang sukar untuk istiqamah, namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik itu, dipaksanya diri agar amalan itu sebati… dugaan demi dugaan lelaki datang menguji.. betapa Allah ingin mengetahui kekuatan dirinya… akhirnya dia berjaya dengan hanya percaya pada kata hati yang berharap padaNya… Petunjuk Allah lebih afdal dari segala…

aku tidak sempurna.. aku tidak sebaik mana… namun aku percaya ada cahaya hidup dalam jiwa yang inginkan sedikit peluang dan ruang untuk terus mencari petunjukNya… begitu juga anda semua..jangan dilihat siapa yang berbicara, tapi renungkan isi perbicaraan kerana mungkin ia terkandung 1000 kebaikkan…


p/s-CREDIT TO CIK DAYAH SOFFIAN FOR THIS ENTRY..akak copy dr belog kamu ye dik..heee.

akak pon suka buku ni..tp memandangkan kamu tgh buat ulasan buku ni,,i think why not i juz follow urs je...heee




October 24, 2009

~Ipoh - Sekolah Praktikum - Rumah Sewa ~

..............................
Khamis 22 okt... dengan kawan2...travel all the way to Ipoh..tujuannya?? meredah dan menjejak area dan sekolah kami semua 'sure' bakal berpraktikum tahun depan..
SMK TAMBUN, SMK SERI AMPANG, SMK JALAN PASIR PUTIH, SMK TASEK DAMAI

kami pergi berenam..2 lelaki 4 perempuan...bayangkan betapa penyeknya kami berempat kt belakang...turun ja dari keta, semua pakat dok gosok pinggang..haha
ummm ok...rumah sewa joe/aizat dan linda/yati berjaya ditemui...tp rumahku/daa menemui kebuntuan...sampai kemalam mencari shortcut untuk menuju ke rumah linda yg dikatakan oleh semua penghuni di sana...xjumpa2...dgn hati yg sedih n kecewa, setuju je bila diaorang ajak balik...

ok...siapakah orang2 yang kami temui di sana??? macam-macam ragam...ada yang baik hati, ada yang pelik, ada yang??? hmmm

1) kak Choong..senior UPSI...rupanya dia posting kt sekolah Joe (smk Seri Ampang)...secara tak sengaja...time budak sekolah balik ternampak dia melenggang ayu berbaju kurung dan berpayung...dengan penuh semangat Linda menjerit.."aku kenal akak tu...student upsi tu.."
lalu bermula situ la harapan joe mendapat rumah terus cerah...baik dan manis akak ni..

2) a Amin...senior UPSI juga...yg bestnya, senior kos kami la...dia pn posting situ juga...untung joe n fahmi..dh ada sedara(keluarga UPSI) sendiri kt sana...abang ni pon baik juga

3) cg Kumar...cg sekolah joe jugak...jd agen rumah sewa...melalui dia la joe n aizat dapat rumah...comel ja rumah tu...waaa mesra betul senyuman dia...sengih sentiasa

4) makcik A...kami tanya ada tak rumah kosong yang nak disewa kt taman ni..makcik ni pon dengan baik hatinya mengatakan .."oohh kt taman ni dah penuh...cuba cri kat (dot dot dot)...ha, situ ada...kami pun cari la tempat tu...cari punya cari...bila tanya orang lain..depa kata mana ada tempat tu...kubur yang dikatakan pon sangat jauh dari situ...huhuhu makcik tu biar benar??????

5) makcik B...menjaga gerai di tepi jalan...yakinnya memberitahu di ada di sebuah taman kalo nk cri rumah...tp kami dah pening untuk mencari lagi...anyway..cantik bedak sejuk dia

6) Auntie nyonya A...dgn lajunya terus menjawab soklan joe...mnta maaf..saya xreti cakap Melayu...hahaha...joe tersangat la marah...abis tu...yg tgh ckp tu guna bhasa apa?? hmm mcm2..

7) Auntie nyonya B...yg ni, kalo joe n aizat jadi myewa, dia akan bakal menjadi jiran mereka..asyiknya auntie ni dok men 'trim' pokok2 didepan rumah..jo dgn baik ati menegur.."lebatnya buah ni auntie.."...lalu auntie tu pn menjawab.."oh"..jo ckp lg...dia pn jwb lg..."oh"..begitu lah seterus dan seterusnya...warghh..kelakanya..sabor je la jo...nt raya cina thn dpn dapat la limau skt..huhu

7) Amoi cantekk...duduk bersantai ditepi padang..baru pas jogging kot..dgn bterus terangnya dia membuat isyarat dia xle dgr...mknanya? dia bermasalah pendengaran la...thats mean...PEKAK??..linda pon cuba la nk mengaplikasikan bahasa isyarat yg dipelajari...tp amoi tu xbagi respon...dgn hampanya linda masuk lam keta...merungut-rungut..."kata tak dengar, tp pakai earphone..."
huhuh cmna tu??btl2 xdgr sbb ada mslh..atau sbb tgh pakai earphone...atau sbb (dot dot dot)...hmmm xtau la...SATU MALAYSIA KAH???

dan ada la lagi beberapa orang yang terlibat membantu kami mencari-cari...terima kasih banyak-banyak di atas semua bantuan dan kebaikan hati juga senyuman mesra yang menghilangkan penat kami...

satu lg kes...bila dtg tempat org..biasa la...xtau nak mencari tempat makan..nak pula kesemua kedai makan yang ada sumanya papan tandanya melambangkan.."sesiapa yang beragama islam nk masuk juga ke?"..
hahah jenuh kami cari...jo dah bertukar menjadi seperti singa kelaparan...takut kami nk menegur..huuhu...ni masih kt malaysia...nk cari kedai makan islam pun susa???huu cmna la kalo kt oversea...
last2...kami menyusur terus ke TESCO EXTRA..
saya, daa, n joe terus saja meng'order nasi ayam...


joe mkn dulu...katanya masin, tp makan laju ja..da pun mkn..suap semulut dua mulut..ingatkan ok la...bila time kusuap...adoiyaaa masinnnnnnnnnnn tahap treler garam tumpah..
apa la joe ni...nmpk sgt kebuluran..mkn abis ja masin-masin pon..
xle jadi...sbb lapar sangat..order mee claypot lak..tiga2 orang skali...abiss melayang sepuluh ringgit untuk lunch saja..NASI AYAM TESCO EXTRA...OH NASI AYAM

emmm pusing dan pusing...sampai la malam...sampai inche driver berdua dah xlarat lg menekan minyak...kami wat keputusan balik even rumahku dan daa masih taktau cmna...sedeyyyy

tak leh nak buat apa...dah malam susah nak cari kat tempat orang...
aduhai TAMBUN...taman perumahan bertambun-tambun situ...tp satu pun kami tak dapat...


balik....sampai rumah pukul 12...
mak ayah minta ampun..ceq berjalan sampai lewat malam...tapi ceq tak merayau tak tentu pasl tau..hehe

di sini sahajalah~

October 21, 2009

lamanyaaa~

assalamualaikum...

sungguh lama...benar-benar lama tak ada sebarang entry...apa nk buat...wireless connection kt rumah totally perang dingin..heh
beringgit-ringgit habis dilaburkan kt cc tu masa nk hantr last assignment aritu...ngeee..nasib2
emmm mcm2...mcm2 la berlaku sepanjang tak ber'entry,
soseh2 pasal posting...praktikum yg kejap2 tukar...
DINNER KELAS...
dapur gas kt rumah tg tetiba meletopp...
konvo my adik...
and at last...mggu kuliah dah berakhir...
menghitung detik dan waktu untuk my very last final xm here...bermula 6 Sept - 16 Sept

then kami semua akan berpisah...berpisah dgn kawan tercinta...
berpisah dgn IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN terchenta...
berpisah dgn pahit manis hampir 4 tahun disini...
dah tak lama lagi dah...sayu je rasa...

sem depan, tahun depan...nak berpraktikum pulak...
SMK TAMBUN, IPOH
5 bulan bakal mencipta memori kt situ pulak...
tak sabar...takut...ngeri...seronok...semua ada

PUAN NOR AINI...my observer
ngeee....


9 OKTOBER 2009 Regency hotel, KL















posing2 dinner...begini aja lah


18 0KTOBER 2009..UiTM Shah Alam

huuuuu...jeles oiii...kami sma2 mndftr msk U pd tarikh yg sama...tp dia yg bergraduasi dulu..
xpa2...big sis bg can dulu...mommy...daddy...thn depan turn ceq pulak na..TAHNIAH LA YE BROTHER...moga sukses selalu...




ni saja nk letak gmbr org2 yg sponspr mbeli benda2 yg dipegang tue..heeee...mekacehhh...kalo x bankrupt I mbelinya sorang...heh





Disini sahaja~

October 1, 2009

.::HalwA TeLINgA::.

In Team - Redha
(klik untuk dgr)

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui
Yang ada di hati
Biar
Dia menentukannya

Dengan kehendakNya


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia, terima
Yang tertulis dalam kehendakNya



In Team-Kepastian
(klik utk dgr)

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan
Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga
Adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman

Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih
Agamanya

Neraka
Tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan

Yang lupakan tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya.....

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah