October 25, 2009

~Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & RASUL~

---------------------------------------------------------




sekadar ingin berkongsi suatu karya yang amat berguna untuk semua… dan izinkan aku untuk mengesyorkan buku nipis namun amat padat ini kepada anda yang sedang ingin bercinta, kecewa bercinta, bencinta atau ape2 ajelah cinta ^^



“Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu”

“Tiada rahsia untukku gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.”

“Cinta hanya untuk suami, takkan ku kongsi”



di dalam buku ini, tersebutlah kisah seorang gadis yang ingin mempertahankan prinsipnya untuk terus tidak bercinta dan mengharap hanya pada ketentuanNya dalam memilih pemimpin terbaik untuk menjadi suaminya… pada awal buku ini tersurat nasihat untuk seluruh sahabat,

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin:

1. pasti kelak diriku ibarat lembu ditarik hidung oleh nafsu.

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNYa.

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu yang melanda.

4. Cinta lali akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

5.Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk untuk diriku.

6. Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

tiada kata lain yang mampu aku simpulkan.. setiap kita punyai akal.. aku juga selalu terleka.. ingatan ini amat mengingatkan aku ... sedikit tip diberi dalam buku ini untuk para remaja dalam perjuangan menepis cinta..

1. Tegas dengan prinsip diri.

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

4. Mengekang hawa nafsu.

5. Mendekati majlis ilmu.

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

ku akui sukar untuk istiqamah dalam menepis dugaan cinta… hasutan halus dan kasar terlalu banyak sehingga payah untuk berdiri pada landasan benar… coretan tentang seorang wanita dalam mengharungi liku hidup dunia.. Allah sangat mengujinya dengan lelaki… pada mula dia goyah dek mainan hati dan rasa dihargai, namun sedar kerana dilanda kekeliruan dalam menerima ilmu pelajaran.. Dia mendekati diri pada yang Esa, tekad untuk mencari cinta agung, bersihkan hati dengan amalan zikir dan sunat.. memang sukar untuk istiqamah, namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik itu, dipaksanya diri agar amalan itu sebati… dugaan demi dugaan lelaki datang menguji.. betapa Allah ingin mengetahui kekuatan dirinya… akhirnya dia berjaya dengan hanya percaya pada kata hati yang berharap padaNya… Petunjuk Allah lebih afdal dari segala…

aku tidak sempurna.. aku tidak sebaik mana… namun aku percaya ada cahaya hidup dalam jiwa yang inginkan sedikit peluang dan ruang untuk terus mencari petunjukNya… begitu juga anda semua..jangan dilihat siapa yang berbicara, tapi renungkan isi perbicaraan kerana mungkin ia terkandung 1000 kebaikkan…


p/s-CREDIT TO CIK DAYAH SOFFIAN FOR THIS ENTRY..akak copy dr belog kamu ye dik..heee.

akak pon suka buku ni..tp memandangkan kamu tgh buat ulasan buku ni,,i think why not i juz follow urs je...heee




4 comments:

hambaNya said...

hehehe.... kite kn mmg suke mengulas... kalo ada pulasan sodap juge ye ><

Dandelion~ said...

ye btol3...so terusla mengulas ye..ulas smpai terpulas...

Anonymous said...

ehe...ingtkn kak muna yg tulis td...
suke3...nk pnjm la...eheeh~~mau jd cmtu gak...cinta b4 nikah..byk plsu dr yg sbnr~~

Dandelion~ said...

heee xla...daeya chan kita yg nulisnya..emmm..bgs la.ambil yg baik utk jadikan ikutan..

cinta sblm nikah smmgnya ada..cinta pd keluarga, cinta pd sahabat,cinta pd saudara seagama..yg mnjadi palsunya bila manusia leka meletakkan cinta itu pada landasan yg salah, lalu menjadikan cinta itu melalaikan dan merugikan..
bukan ke dalam hati setiap manusia itu telah wujud rasa cinta sesama manusia..jadi jaga la kesucian cinta itu supaya kesuciannya akan kembali terbias pada akhlak dan peribadi kita...
CINTA ITU MILIK ALLAH...JIKA DIA BERKEHENDAK SEKEJAP SAJA RASA CINTA ITU TUMBUH DIHATI...
JIKA DIA TIDAK BERKEHENDAK, HATI YG PENUH DENGAN BARA CINTA PUN SEKELIP MATA BOLEH MENJADI KOSONG...