assalamualaikum...
hati aku sedang berkata-kata sekarang,
bila kita ingin sangat melihat senyuman di wajah orang-orang yang kita sayang...kita akan cuba melakukan apa saja untuk menghilangkan sebarang garis duka yang singgah di wajah itu...
tapi, tanpa kita sedar, usaha kita akhirnya hanya akan menambahkan kepedihan pada setiap luka...bukan menghilangkan malah membesarkan lagi...
hati ini sangat terkilan dengan apa yang berlaku...sesungguhnya bukan niat untuk melukakan hati-hati itu..
mungkin aku masih lagi belum dewasa...masih lagi tak dapat dapat nak memahami warna-warna kehidupan...
bukan semua yang kita jumpa itu berwarna putih...malah ada sahaja yang berwarna hitam bersembunyi di sebalik topeng putih...seringkali aku terkeliru dengan warna-warna hidup ini...
dah berkali-kali aku tersedar oleh penyamaran warna-warna ini...
tapi sehingga semalam, aku masih lagi tertipu...aku masih lagi tak dapat nak membezakan...aku masih lagi berfikiran semua warna-warna yang aku temui berwarna putih belaka...
aku minta maaf teman-teman...kalau-kalau ketidakmatangan aku ini seringkali membuatkan kamu semua terluka...membuatkan kamu semua berantakan...aku minta maaf...
tapi...
aku juga terkilan dengan warna-warna yang aku temui...
mereka seringkali inginkan orang lain memahami...memahami hati mereka....
tapi, mereka sendiri tak izinkan diri difahami...bila kita cuba nak faham...mereka menjauh..bila kita pula nak menjauh..kita dikatakan tak faham hati mereka...
padahal...pernahkah mereka memahami hati orang lain?
pernahkah mereka cuba untuk memahami dalam keinginan untuk difahami???
ahhhh.....
mungkin aku masih lagi perlu belajar...
aku masih lagi belum benar-benar dewasa...
mungkin sahaja aku masih lagi mentah untuk memahami pelbagai warna yang masih lagi belum dapat kutemui...
padahal,,,ada sahaja orang di sekeliling mengharapkan aku untuk menjadi dewasa dan melakukan hanya yang terbaik sahaja.
aku akan belajar untuk itu..'
aku akan mencari warna-warna itu..
untuk itu...aku mohon maaf pada setiap kepincangan yang ku lakukan...
kerana aku masih lagi belum masak.
di sini sahaja
No comments:
Post a Comment