October 30, 2009

sahabat sayang~~

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon Engkau memilihkan mana yang baik berdasarkan pengetahuanMu, dan aku mohon keupayaan dengan kudrahMu, dan aku pohon kurniaanMu yang amat besar, sesungguhnya Engkaulh yang berkuasa sedang aku tidak berkuasa, Engkaulah yang Mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jika urusan ini baik untukku dalam soal agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, dan dalam masa terdekat atau masa panjang, maka takdirkanlah ia untukku serta mudahkan ia bagiku kemudian berkatilah untukku padanya.

Ya Allah jika urusan ini buruk bagiku dalam soal agamaku, kehidupan dan kesudahan urusanku, dan dalam masa terdekat atau msa panjang, maka hindarkanlah ia dariku dan hndarkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku kebaikan dalam apa juapun, kemudian timbulkan rasa redhaku dengannya."


" Ya ALLAH, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMU, hati yang penuh segar mensyikuri nikmatMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU. Ya ALLAH, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya ALLAH, kurniakanlah kami Din, cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya ALLAH, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya ALLAH, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari ENGKAU sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Ya ALLAH, ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat memperkenankan pinta.. perkenankanlah

Selawat dan restu ALLAH untuk junjungan kamI Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya...AMIN..."


......waktu dan ketika ini, hati ini tak tenteram...naluri ini mengatakan temanku yang tersayang sedang dilanda resah gelisah, hati yang patah, jiwa yang gundah akibat dari paluan rasa dan hati yang pilu...

ingin aku berkongsi tetapi tiada daya melepasi ruang yang ada walaupun secebis cuma..

aku ingin ubati kesakitanmu sahabat..tiada daya aku melainkan secebis doa ini...


"Ya ALLAH. terangilah hidup dan matiku dengan hidayahMU. Tabahkanlah diriku menghadapi dugaan dariMU..."


October 25, 2009

~Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & RASUL~

---------------------------------------------------------




sekadar ingin berkongsi suatu karya yang amat berguna untuk semua… dan izinkan aku untuk mengesyorkan buku nipis namun amat padat ini kepada anda yang sedang ingin bercinta, kecewa bercinta, bencinta atau ape2 ajelah cinta ^^



“Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu”

“Tiada rahsia untukku gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.”

“Cinta hanya untuk suami, takkan ku kongsi”



di dalam buku ini, tersebutlah kisah seorang gadis yang ingin mempertahankan prinsipnya untuk terus tidak bercinta dan mengharap hanya pada ketentuanNya dalam memilih pemimpin terbaik untuk menjadi suaminya… pada awal buku ini tersurat nasihat untuk seluruh sahabat,

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin:

1. pasti kelak diriku ibarat lembu ditarik hidung oleh nafsu.

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNYa.

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu yang melanda.

4. Cinta lali akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

5.Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk untuk diriku.

6. Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

tiada kata lain yang mampu aku simpulkan.. setiap kita punyai akal.. aku juga selalu terleka.. ingatan ini amat mengingatkan aku ... sedikit tip diberi dalam buku ini untuk para remaja dalam perjuangan menepis cinta..

1. Tegas dengan prinsip diri.

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

4. Mengekang hawa nafsu.

5. Mendekati majlis ilmu.

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

ku akui sukar untuk istiqamah dalam menepis dugaan cinta… hasutan halus dan kasar terlalu banyak sehingga payah untuk berdiri pada landasan benar… coretan tentang seorang wanita dalam mengharungi liku hidup dunia.. Allah sangat mengujinya dengan lelaki… pada mula dia goyah dek mainan hati dan rasa dihargai, namun sedar kerana dilanda kekeliruan dalam menerima ilmu pelajaran.. Dia mendekati diri pada yang Esa, tekad untuk mencari cinta agung, bersihkan hati dengan amalan zikir dan sunat.. memang sukar untuk istiqamah, namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik itu, dipaksanya diri agar amalan itu sebati… dugaan demi dugaan lelaki datang menguji.. betapa Allah ingin mengetahui kekuatan dirinya… akhirnya dia berjaya dengan hanya percaya pada kata hati yang berharap padaNya… Petunjuk Allah lebih afdal dari segala…

aku tidak sempurna.. aku tidak sebaik mana… namun aku percaya ada cahaya hidup dalam jiwa yang inginkan sedikit peluang dan ruang untuk terus mencari petunjukNya… begitu juga anda semua..jangan dilihat siapa yang berbicara, tapi renungkan isi perbicaraan kerana mungkin ia terkandung 1000 kebaikkan…


p/s-CREDIT TO CIK DAYAH SOFFIAN FOR THIS ENTRY..akak copy dr belog kamu ye dik..heee.

akak pon suka buku ni..tp memandangkan kamu tgh buat ulasan buku ni,,i think why not i juz follow urs je...heee




October 24, 2009

~Ipoh - Sekolah Praktikum - Rumah Sewa ~

..............................
Khamis 22 okt... dengan kawan2...travel all the way to Ipoh..tujuannya?? meredah dan menjejak area dan sekolah kami semua 'sure' bakal berpraktikum tahun depan..
SMK TAMBUN, SMK SERI AMPANG, SMK JALAN PASIR PUTIH, SMK TASEK DAMAI

kami pergi berenam..2 lelaki 4 perempuan...bayangkan betapa penyeknya kami berempat kt belakang...turun ja dari keta, semua pakat dok gosok pinggang..haha
ummm ok...rumah sewa joe/aizat dan linda/yati berjaya ditemui...tp rumahku/daa menemui kebuntuan...sampai kemalam mencari shortcut untuk menuju ke rumah linda yg dikatakan oleh semua penghuni di sana...xjumpa2...dgn hati yg sedih n kecewa, setuju je bila diaorang ajak balik...

ok...siapakah orang2 yang kami temui di sana??? macam-macam ragam...ada yang baik hati, ada yang pelik, ada yang??? hmmm

1) kak Choong..senior UPSI...rupanya dia posting kt sekolah Joe (smk Seri Ampang)...secara tak sengaja...time budak sekolah balik ternampak dia melenggang ayu berbaju kurung dan berpayung...dengan penuh semangat Linda menjerit.."aku kenal akak tu...student upsi tu.."
lalu bermula situ la harapan joe mendapat rumah terus cerah...baik dan manis akak ni..

2) a Amin...senior UPSI juga...yg bestnya, senior kos kami la...dia pn posting situ juga...untung joe n fahmi..dh ada sedara(keluarga UPSI) sendiri kt sana...abang ni pon baik juga

3) cg Kumar...cg sekolah joe jugak...jd agen rumah sewa...melalui dia la joe n aizat dapat rumah...comel ja rumah tu...waaa mesra betul senyuman dia...sengih sentiasa

4) makcik A...kami tanya ada tak rumah kosong yang nak disewa kt taman ni..makcik ni pon dengan baik hatinya mengatakan .."oohh kt taman ni dah penuh...cuba cri kat (dot dot dot)...ha, situ ada...kami pun cari la tempat tu...cari punya cari...bila tanya orang lain..depa kata mana ada tempat tu...kubur yang dikatakan pon sangat jauh dari situ...huhuhu makcik tu biar benar??????

5) makcik B...menjaga gerai di tepi jalan...yakinnya memberitahu di ada di sebuah taman kalo nk cri rumah...tp kami dah pening untuk mencari lagi...anyway..cantik bedak sejuk dia

6) Auntie nyonya A...dgn lajunya terus menjawab soklan joe...mnta maaf..saya xreti cakap Melayu...hahaha...joe tersangat la marah...abis tu...yg tgh ckp tu guna bhasa apa?? hmm mcm2..

7) Auntie nyonya B...yg ni, kalo joe n aizat jadi myewa, dia akan bakal menjadi jiran mereka..asyiknya auntie ni dok men 'trim' pokok2 didepan rumah..jo dgn baik ati menegur.."lebatnya buah ni auntie.."...lalu auntie tu pn menjawab.."oh"..jo ckp lg...dia pn jwb lg..."oh"..begitu lah seterus dan seterusnya...warghh..kelakanya..sabor je la jo...nt raya cina thn dpn dapat la limau skt..huhu

7) Amoi cantekk...duduk bersantai ditepi padang..baru pas jogging kot..dgn bterus terangnya dia membuat isyarat dia xle dgr...mknanya? dia bermasalah pendengaran la...thats mean...PEKAK??..linda pon cuba la nk mengaplikasikan bahasa isyarat yg dipelajari...tp amoi tu xbagi respon...dgn hampanya linda masuk lam keta...merungut-rungut..."kata tak dengar, tp pakai earphone..."
huhuh cmna tu??btl2 xdgr sbb ada mslh..atau sbb tgh pakai earphone...atau sbb (dot dot dot)...hmmm xtau la...SATU MALAYSIA KAH???

dan ada la lagi beberapa orang yang terlibat membantu kami mencari-cari...terima kasih banyak-banyak di atas semua bantuan dan kebaikan hati juga senyuman mesra yang menghilangkan penat kami...

satu lg kes...bila dtg tempat org..biasa la...xtau nak mencari tempat makan..nak pula kesemua kedai makan yang ada sumanya papan tandanya melambangkan.."sesiapa yang beragama islam nk masuk juga ke?"..
hahah jenuh kami cari...jo dah bertukar menjadi seperti singa kelaparan...takut kami nk menegur..huuhu...ni masih kt malaysia...nk cari kedai makan islam pun susa???huu cmna la kalo kt oversea...
last2...kami menyusur terus ke TESCO EXTRA..
saya, daa, n joe terus saja meng'order nasi ayam...


joe mkn dulu...katanya masin, tp makan laju ja..da pun mkn..suap semulut dua mulut..ingatkan ok la...bila time kusuap...adoiyaaa masinnnnnnnnnnn tahap treler garam tumpah..
apa la joe ni...nmpk sgt kebuluran..mkn abis ja masin-masin pon..
xle jadi...sbb lapar sangat..order mee claypot lak..tiga2 orang skali...abiss melayang sepuluh ringgit untuk lunch saja..NASI AYAM TESCO EXTRA...OH NASI AYAM

emmm pusing dan pusing...sampai la malam...sampai inche driver berdua dah xlarat lg menekan minyak...kami wat keputusan balik even rumahku dan daa masih taktau cmna...sedeyyyy

tak leh nak buat apa...dah malam susah nak cari kat tempat orang...
aduhai TAMBUN...taman perumahan bertambun-tambun situ...tp satu pun kami tak dapat...


balik....sampai rumah pukul 12...
mak ayah minta ampun..ceq berjalan sampai lewat malam...tapi ceq tak merayau tak tentu pasl tau..hehe

di sini sahajalah~

October 21, 2009

lamanyaaa~

assalamualaikum...

sungguh lama...benar-benar lama tak ada sebarang entry...apa nk buat...wireless connection kt rumah totally perang dingin..heh
beringgit-ringgit habis dilaburkan kt cc tu masa nk hantr last assignment aritu...ngeee..nasib2
emmm mcm2...mcm2 la berlaku sepanjang tak ber'entry,
soseh2 pasal posting...praktikum yg kejap2 tukar...
DINNER KELAS...
dapur gas kt rumah tg tetiba meletopp...
konvo my adik...
and at last...mggu kuliah dah berakhir...
menghitung detik dan waktu untuk my very last final xm here...bermula 6 Sept - 16 Sept

then kami semua akan berpisah...berpisah dgn kawan tercinta...
berpisah dgn IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN terchenta...
berpisah dgn pahit manis hampir 4 tahun disini...
dah tak lama lagi dah...sayu je rasa...

sem depan, tahun depan...nak berpraktikum pulak...
SMK TAMBUN, IPOH
5 bulan bakal mencipta memori kt situ pulak...
tak sabar...takut...ngeri...seronok...semua ada

PUAN NOR AINI...my observer
ngeee....


9 OKTOBER 2009 Regency hotel, KL















posing2 dinner...begini aja lah


18 0KTOBER 2009..UiTM Shah Alam

huuuuu...jeles oiii...kami sma2 mndftr msk U pd tarikh yg sama...tp dia yg bergraduasi dulu..
xpa2...big sis bg can dulu...mommy...daddy...thn depan turn ceq pulak na..TAHNIAH LA YE BROTHER...moga sukses selalu...




ni saja nk letak gmbr org2 yg sponspr mbeli benda2 yg dipegang tue..heeee...mekacehhh...kalo x bankrupt I mbelinya sorang...heh





Disini sahaja~

October 1, 2009

.::HalwA TeLINgA::.

In Team - Redha
(klik untuk dgr)

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui
Yang ada di hati
Biar
Dia menentukannya

Dengan kehendakNya


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia, terima
Yang tertulis dalam kehendakNya



In Team-Kepastian
(klik utk dgr)

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan
Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga
Adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman

Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih
Agamanya

Neraka
Tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan

Yang lupakan tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya.....

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

September 12, 2009

.:: WaRna ::.

assalamualaikum...

hati aku sedang berkata-kata sekarang,
bila kita ingin sangat melihat senyuman di wajah orang-orang yang kita sayang...kita akan cuba melakukan apa saja untuk menghilangkan sebarang garis duka yang singgah di wajah itu...
tapi, tanpa kita sedar, usaha kita akhirnya hanya akan menambahkan kepedihan pada setiap luka...bukan menghilangkan malah membesarkan lagi...

hati ini sangat terkilan dengan apa yang berlaku...sesungguhnya bukan niat untuk melukakan hati-hati itu..

mungkin aku masih lagi belum dewasa...masih lagi tak dapat dapat nak memahami warna-warna kehidupan...
bukan semua yang kita jumpa itu berwarna putih...malah ada sahaja yang berwarna hitam bersembunyi di sebalik topeng putih...seringkali aku terkeliru dengan warna-warna hidup ini...
dah berkali-kali aku tersedar oleh penyamaran warna-warna ini...

tapi sehingga semalam, aku masih lagi tertipu...aku masih lagi tak dapat nak membezakan...aku masih lagi berfikiran semua warna-warna yang aku temui berwarna putih belaka...
aku minta maaf teman-teman...kalau-kalau ketidakmatangan aku ini seringkali membuatkan kamu semua terluka...membuatkan kamu semua berantakan...aku minta maaf...

tapi...
aku juga terkilan dengan warna-warna yang aku temui...
mereka seringkali inginkan orang lain memahami...memahami hati mereka....
tapi, mereka sendiri tak izinkan diri difahami...bila kita cuba nak faham...mereka menjauh..bila kita pula nak menjauh..kita dikatakan tak faham hati mereka...
padahal...pernahkah mereka memahami hati orang lain?
pernahkah mereka cuba untuk memahami dalam keinginan untuk difahami???

ahhhh.....
mungkin aku masih lagi perlu belajar...
aku masih lagi belum benar-benar dewasa...
mungkin sahaja aku masih lagi mentah untuk memahami pelbagai warna yang masih lagi belum dapat kutemui...
padahal,,,ada sahaja orang di sekeliling mengharapkan aku untuk menjadi dewasa dan melakukan hanya yang terbaik sahaja.

aku akan belajar untuk itu..'
aku akan mencari warna-warna itu..
untuk itu...aku mohon maaf pada setiap kepincangan yang ku lakukan...
kerana aku masih lagi belum masak.

di sini sahaja

September 2, 2009

KAMI -P.KHAS -SEM 7 -KENANGAN
































Biar saja semua snaps ini yang bercerita...
angka 4 tahun hampir kami cecah...
ingin kami bekukan dalam lukisan kaku...
bila berpisah nanti, biar menjadi penglipur lara di kala terkenang-kenang dan rindu-kerinduan..
jangan pernah padam ya kenangan...
kalau tidak di ingatan, biarlah tetap di hati...


OUR LAST SEMESTER PHOTO SHOOT 25th AUGUST 2009
Uni Pend. Sultan Idris
Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) Pendidikan Khas
'06 - '09

25th AUGUST 2009
A DAY AFTER MY BIRTHDAY...
WHAT A BEST BDAY MEMORY I EVER HAD

August 22, 2009

.:: Har! PerTama ::.


assalamualaikum...

hari ini 1 Ramadhan 1430 Hijriah...

akhirnya hari yang ditunggu-tunggu dan dimimpi-mimpi semenjak dua menjak ni tiba juga akhirnya...
Sepatutnya, awal puasa tahun ni ku boleh mulakan di kampung sama-sama dengan mak dan ayah, tapi disebabkan cuti pertengahan semester telah digantikan dengan cuti H1N1, tak dapat la hasrat itu ditunaikan...sedihhh

Mula puasa hari ni, memang semangat. sangat bersemangat. tapi bila fikir nak berbuka, tak ada selera. seleraku terbang jauh melayang nun di Baling sana...isk isk isk semalam telefon mak..Kak Nah sekeluarga balik berpuasa hari pertama di rumah..hari ni Abang Din pulak nak balik...uwaaa rindunya nak berpuasa ramai-ramai macam dulu-dulu. Mesti mak bersemangat mengeluarkan kesemua menu-menu yang biasa kami request bila tiba bulan puasa...huk huk huk...

"mak, tak ingat kat ceq ka??"

adikku Lihin pulak pergi berbuka di rumah Bro Mie kat Johor... mesti Kak As masak spesial-spesial tu..dia ada ajak, tapi ku sibuk banget ni... minggu depan berderet-deret assignment and presentation perlu disetel..ku tak sempat...tapi sebenarnya ku sangat-sangat ingin ikut...sob sob sob

Bila menjelma juga bulan Ramadhan ni, kemeriahan yang sangat-sangat dirasai oleh semua umat islam tentulah sembahyang terawih...di kampus ni, aku pergi terawih bersama-sama housemate dekat surau AN-NUR yang terletak dalam kampus.
sekali lagi aku rindukan suasana terawih kat kampung...kt sini cuma buat 8 rakaat je. kat kampung buat 20...kalau kat kampung, ramai-ramai jalan kaki pergi surau tu..besttt...baru terasa kemeriahan tu...then, abis terawih, join makcik-makcik kampung buat tadarus...bergema satu kampung...memang bestt...

sekali lagi kunyatakan disini...
AKU RINDU NAK BERAMADHAN DI KAMPUNG WENG DALAMMMMMMMM.....

oh RAMADHAN...hanya kau lah pengubat kerinduanku sekarang....

di sini sahaja.

.::Ramadhan Kareem::.














Semoga ALLAH memilih kita untuk merasai dan melalui Madrasah RAMADHAN pada tahun ini seperti mana Rasulullah dan para sahabat merinduinya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

August 15, 2009

~pasCa cuti dan C0nv0 wEek ~

sebuah kisah yang bernama minggu berpenat berlelah

mula....
lepas ja kami menghabiskan cuti yang diberikan selama seminggu..kuliah di kampus berjalan seperti biasa. tetapi, bahananya bercuti tanpa perancangan awal sgt2 la dirasai oleh kami para pelajar...assignment2 yang sepatutnya disiapkn sepanjang tarikh cuti mengejut itu terpaksa ditangguh. akibatnya...apabila naik daripada cuti, kami terpaksa berkejar2 menstabilkan waktu kuliah yg perlu diganti dengan tugasan yang terpaksa direview semula dari awal...otak(maaf kalo kasar) kami terpaksa diketuk supaya beroperasi dengan lebih advanced dan bangun daripada percutian yg out of blue tu utk cover blk kerja2 yg tertangguh...termasuk tugasan yg baru diterima
adoii...sakit la jugak...(dialog otak: aduiii sakitnya kena ketukkk)

tengah...
berakhirnya minggu konvo yang bermula dari 10 hb sampai hari ni..yang
ini pn turut terlibat sama dalam episod penat pada kali ini..
bila ada konvokesyen, maka pesta konvo pun turut ada..banyak gerai2 dibuka yang menggamit2 diri dan duit aku..hu3 nasib baik aku dah rancang dari awal lagi soal perbelanjaan my money ni...mmg dari awal dah berusaha berjimat untuk digunakan pada pesta konvo..apa lagi..mestila borong sakan..sesungguhnya mmg xkan dapat harga mcm ni kalo beli kt luar..(yeke? alasan je kot ni..he3)..antaranya yg menjadi tumpuanku..TUDUNG TEMUDUNG(ampun DBP), KERONGSANG, TSHIRT, TELEKUNG RAYA(mmandangkan da lama tak ku beli telekung baru), BUKU..makanan(sup saudagar je la ku mkn pn) heeee..
so kenapa ku katakan penat?
yela..nk membeli belah di pesta sebegini..kena buat byk kali pusingan...bukannya sehari, 2, 3 hari jugak la round2 sebelum decide nk beli yg mana...mcm nak tercabut kakiku dengan wang yang melayanggggzzzz tapi tak pa...jgn dikesali pada yang kita lakukan untuk memenuhi keperluan diri..heheh insyaALLAH...lps ni...mmg xbblanja sakan dah..jimattt untuk praktikum sem depan lak...betul2 dh ni














ni brooch yg sy belikn utk all my dearest nephew yg kiut...comeyy kn??hope they ll like it.


















objek gerak2 ni plk...ku belikan buat inche persona my brother yang baik yg selama ini byk menolong..hehe2


















ini pulak telekung bunga ungu utk diriku..buat semayang raya...(posa pn blm lg la..)..purple is beautifull right?


LASKAR PELANGI : ANDREA HIRATA...
untuk collection buku2 ku...nampak gayanya...msk smpanan la dlu...xsempat maa nk baca skang...novel Faisal Tehrani yg pinjam dr hosmet pn blm sempat ku khatam lg..







lagi...penat kenapa lak...
sempena malam gemerlapan bintang istimewa yang dianjurkan persatuan ku..PERS.PEND.KHAS..kuterlibat dgn persembahan nyanyian dalam BAHASA ISYARAT..lagu WAJAH dan SYURGA IDAMAN..ada masa 2 hari saja untuk berlatih..credit to semester 7's girl students..takut sesangat sebab dah lama tak naik pentas mengadap audience kt bawah..huhuhu mcm bela kupu2 dalam perut dh masa tu...
tapi, enjoy ja tuk performance tu. Even tak la perfect sangat, tp mengenangkan semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain...hatiku sangat gembira dan bersyukur dengan adanya peluang bersama begini di samping kesibukan kami melalui semester akhir kami di kampus ini.TERIMA KASIH KAWAN. Cik Muna sayangggg semuaaa..hehehe

kalo nk tgok perfomance kami...sila la...SYURGA IDAMAN dan WAJAH





us...before perform













us...during performance








lagi penat...
ada la dua tiga orang sahabat dan kenalan yang bergraduasi pada konvekesyen pada kali ini..
my dearest SALWA,EZAH,KAK AYUNI,KAK FARAH,JIHAH,NAEMAH,RODIAH,ALIA,HUDA..dan ramai lagi yang sempat kukenali sepanjng mereka di upsi...
so, ada ja masa terluang atau berkesempatan, ku dan kwn2 lain sempat juga menyelitkan diri di tengah2 graduan-graduan dan keluarga mereka yang ramai,di tengah-tengah matahari yang panas membahang untuk berjumpa dan mengucapkan tahniah...tak ada bunga atau hadiah yang dapat kami sediakan melainkan ucapan dan senyuman serta kasih ukhuwah yang ikhlas je...CONGRATS TO ALL GRADUATES..



budak yg makin tembammm huhu di hari graduasi my syg wa bucukk..tahniah kwn..








akhir....
lagi penat...sekarang ni..tgh dok sibuk2 menaip entry ni...sebenarnya diriku kalut berjuang menyiapkan slide untuk bentang hari isnin ni oiii....diriku penat memikirkan bahan2 berunsurkan psikolinguistik ini...
ok...sini dululah...sampai bertemu di entry yang lain.














di sini sahaja.

July 29, 2009

H1N1

kampus akan tutup selama 12 hari...
suma student dah blk kg...
ada yg kena kuarantin kt kolej...
ramai sahabat2 yg sakit...
semuanya begitu mengejut dan menyerabutkan kepala...
moga semuanya kembali seperti biasa...
mcm pelik tgok semua org bertopeng...
hati ini risau, dan xterkata apa2...
ada kwn2 yg sakit tp xtau dapat blk ke tak lg...
tiket pn sold out...
so...mana sampai hati ni nk tinggalkan sahabat2 suma...
rasa macam nak susah senang bersama...
hati ini sgt risau...

.......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)

di sini sahaja.

July 27, 2009

Moga cepat sembuh~~


assalamualaikum..

entry ni khas utk sahabat2 tersayang yg sedang ditimpa musibah kesihatan yg tidak baik..Linda yg batuk2 sjurus slps mnyelesaikan kursus masa depannya(hehehe), Yati yg juga batuk setelah ditinggalkn keseorgn sepanjang linda bkursus, Da yg demam lg slps demam yg minggu lps...Pipa yg bru je baik dr demam....juga kwn2 kelas n kwn2 sperjuangn lain yg mempunyai kesihatan yg tidak memuaskan sejak akhir2 ni...cepat sembuh ye kwn2..

sabar ye sahabat semua...ini ujian ALLAH utk hambanya...mak slalu kata,,,,sakit tu, nk buang dosa...bila kita sakit, brulah kita dpt rasa kesusahan org lain yg sakitnya lebih truk dr kita...so, jgn susah hati..itu tanda ALLAH sayang dan sedang mnguji kita...

sahabat2 yg lain,,,jg kesihatan tau...sekarang ni musim jerebu, dgn mcm2 virus penyakit yg wujud...kita sama2 doa semoga diberi kesihatan yg baik supaya kita dapat jlnkan tggjawab sebagai pelajar dengan sempurna...jg kebersihan, mkn minum dan rehat serta tidur yg cukup...kalo rsa xsedap bdn....cpt2 pg dpt pmeriksaan doktor...

Sama2 la kita mengamalkan SELAWAT SYIFA utk kesejahteraan bersama...mudahan diberi kesihatan yg baik...amiiin










Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.



Yg mengambil berat,

di sini sahaja.

July 24, 2009

mesy. Agung perst. terakhir~

~Kueh ooo Biskut II~





CASABLANCA = RM 18










CHOCOLATE COREAL = RM 18










CHOCOLATE SPARKLE = RM 18









SUCI DEBU = RM 19








TAT NENAS = RM 20









SEMPERIT KOKO = RM 18









PANDAN KISSES = RM 18










ALMOND LONDON = RM 18









CRYSTAL BALL = RM 18








~Kueh ooo Biskut~

sempena HARI RAYA AIDILFITRI yg lambat lg pd thn ini...

SEMESTER NI SESAJA NAK MENYIBUKKAN DIRI DENGAN SATU PEKERJAAN BARU..(pekerjaan???)
Pada asalnya nak membantu izan(my rumet) yg menguruskan bisnes biskut rayanya yg turun temurun diusahakan bersama kembarnya...setelah kembarnya telah tamat pengajian, izan keseorangan...so..cik Muna yg bek hati ni sudi tuk menolong, secara tak langsung juga mahu menambah pendapatan(untung??? amin...)

so, kepada kekawan n yg mengenali diri kami berdua..sudi2 lah mnyokong usaha kami berdua ni dengan memberi sokongan dan membeli dua tiga jenis produk kami...hehehe

Jangan risau...saya sebagai bekas pelanggan produk ini pada sem2 lepas..mengakui ia sangat SEDAP..RANGUP..DAN TRADITIONALLY BUATAN TANGAN SEORANG SURI RUMAH (xguna mesin or pkerja kilang k...)

kepada peminat susu tepung..terdapat juga biskut yg menggunakan susu tepung yg sangat sedap sebagai bahannya..
maka...mai la beli ramai2...meh meh...

pesanan boleh dibuat melalui blog ini atau sila hubungi izan rozita-019-5687084
sila tinggalkan nama anda, nama biskut, kuantiti tempahan, alamat semasa, tarikh penerimaan tempahan dan no yg boleh dihubungi...

kesemua gambar contoh biskut2 tersebut akan saya post dalam entry esok...

sekian terima kasih